Aku ingin mengimbas kembali moment bercuti di Langkawi masa raya hari tu. Dari dulu aku memang teringin sangat nak pergi Langkawi, sebab orang cakap situ kawasan bebas cukai..
Pada hari raya ketiga, awal-awal lagi aku dan family dah packing barang, kiter orang bertolak dengan kereta Caldina buruk aku.. Dahsyat, memandu dari Banting ke Jeti Kuala Perlis, itu pengalaman memandu aku paling jauh, aku memilih ikut jalan dalam walaupun aku tahu JPJ memang tengah attack kereta import bercermin gelap ni, tapi aku redah jer. Laluan bermula dari Banting-Klang-Teluk Intan-Setiawan-Lumut-Taiping-Penang-Alor Setar-Kuala Perlis. Bertolak dari Banting pukul 3 petang, sampai Jitra Kedah pukul 4 pagi, rasa mata macam dah nak keluar pun ada.
Kiter orang bermalam di Bustana Hotel dan esok dalam tengahari terus menghala pergi ke Kuala Perlis. Sampai sana, terkejut aku melihat barisan orang yang panjang tengah beratur beli tiket feri. Aku beratur hampir sejam juga baru sampai turn aku, tiket berharga rm18 sehala untuk seorang, nasib baik Haikal bawah 3 tahun, dapat free. Aku beli tiket 5 dewasa dan 1 kanak-kanak 12 tahun, jumlah RM103 sehala. Kiter orang dapat feri pukul 2.30 petang, kena tunggu lagi. Parking kereta pula RM10 sehari.
Akhirnya feri pun sampai, keadaan feri memuaskan siap ada aircond dan astro first lagi, perjalanan 1 jam ke Langkawi takder la boring. Sampai di Langkawi, aku terus pergi cari kereta sewa, aku pilih kereta Wira tapi yang dapat kereta Iswara, luaran hancur tapi dalaman ok, aircond pun sejuk. Aku sewa jer la dengan harga Rm60 sehari. Apabila siap booking hotel, maka bermulalah percutian familyku di Langkawi.
Kalau pergi Langkawi, jangan lupa singgah di Idaman Suri, tempat beli belah pinggan mangkuk yang nampak macam mahal seperti di rumah orang kaya pakai tu tapi di jual dengan murah. Jangan lupa beli coklat, sebab macam-macam jenis coklat yang tak pernah nampak di jual di sana. Ziarah pula Makam Mahsuri, makan angin melihat keindahan pantai di Tanjung Rhu dan Pantai Cenang dan bergambar di Dataran Lang. Kalau banyak duit, pergilah Pekan Kuah, ada pelbagai barangan murah di sana.
Bagi aku, kalau aku nak pergi Langkawi lain kali naik flight jer, jangan memandu lagi sebab penat tu tak usah nak cakap la. Pergi Langkawi spare la duit banyak-banyak sebab memang takkan tahan tengok barang-barang dijual kat sana, tepuk poket tanyalah selera.. ; /