Thursday, 11 October 2012

Aku Suka Dan Tak Suka Sony Ericsson..

Zaman sekarang ni aku rasa semua orang kena ada 2 hanset. Hanset pertama guna untuk calling dan hanset kedua guna untuk surfing atau dengan kata lain main internet. Aku tak tahu la ada orang boleh guna satu hanset buat calling sekali dengan main internet. Kalau bateri korang tahan tahap gaban tu boleh korang rekomenkan aku hanset apakah itu? Galaxy s3 yang harga 2k itu, belum tentu mampu nak beli. Kalau tablet saiz 10.1 macam ibu Haikal pakai tu memang tahan bateri hampir 12jam, tapi kalau orang col, tak besar sgt ker nak angkat taruh di telinga, bukan rajin pun nak bawa earphone pun, guna loudspeaker nanti orang cakap jakun plak. Jadi guna 2 hanset adalah jalan terbaik.

Aku nak cerita sikit pasal hanset Sony Ericsson, sebab sekarang pakai 2 henset, dua-dua sony ericsson. Yang satu untuk call, aku guna Xperia Mini HD sebab kecik molek masuk poket, hanset kedua Xperia Play (macam PSP). Aku suka Xperia Play sebab aku boleh main game dengan puas walaupun aku dah melantak PS3 kat umah, main internet pun ok sebab screen dia agak besar, lengkap dengan android. Xperia play ni unik sebab game dia best sket, gambar cantik dan button joystick macam Playstation. Aku rasa hanset ni lengkap untuk aku yang berjiwa game dan berinternet setiap masa. Tapi satu je problem..

Hanset Sony Ericsson tak kira la model apa, kalau main game tahan juga la bateri dia, tapi kalau berinternet memang kondem bateri dia, paling kuat 3 ke 4jam bertahan. Pastu boleh rasa bateri belakang panas semacam, awas kalau sesiapa berinternet tengah malam dan tertidur, kalau korang tak tutup hanset, bateri korang akan jadi sangat2 panas. Aku memang suka hanset Sony ni, tapi entah kenapa bateri Sony ni tak power, memang mengecewakan. Jalan penyelesaian aku sentiasa off hanset kalau tak surfing, tapi leceh la sikit.

Aku peminat tablet, tapi size tablet tak boleh masuk poket dan tablet tak puas main game, kalau game android ok kot, tapi aku suka game yang lebih best ala Playstation. Sony Ericsson, come on la buat sesuatu tentang bateri anda, tiru la Samsung sikit ker. Haikal pun suka sangat main game kat Xperia Play ni, sebab button game dia senang tekan dan tak mudah rosak dan tak tersalah button lain, semestinya Xperia Play dicipta untuk ketahanan main game sepuasnya!! Tapi bateri, KO :o



Friday, 28 September 2012

Bila Ultraman Menjadi Idola..

Astro Ceria kini menayangkan sekurang-kurang 3 cerita Ultraman berbeza setiap hari iaitu Ultraman Tiga, Ultraman Max dan Ultraman Mebius. Aku pun dah hafal pula nama-nama Ultraman ni, mana taknya hari-hari Haikal menguasai tv untuk tengok cerita Ultraman kegemarannya. Ada something yang pelik sebab Haikal kan budak kecik, mana tahu tengok jam tapi entah camner dia boleh tahu bila cerita Ultraman nak start main. Aku tak kisah la kalau Haikal dah minat sangat dengan Ultraman tu, tapi yang pergi belasah aku dengan stail Ultraman tu tiap hari nape.. Ingat ayah ni raksasa ker.. Hadooii.. ;o


Monday, 24 September 2012

Lagi-Lagi Mainan..

Aku sudah mula pusing dan pening tahap brutal kerana Haikal terus menerus minta mainan tiap kali pergi AEON Jusco. Dan bertambah tension bila merebak penyakit minta mainan ni di kedai runcit pula. Kalau tak dibeli, dia mengamuk, menjerit dan berguling-guling di lantai di situ juga biar pun ramai orang melihat dan aku pun terpaksa memberi dia mainan untuk mengelak dari terus menjadi perhatian orang. Tapi aku ada cara penyelesaian iaitu aku jarang membeli cuma memberi dia pegang sementara, pastu di kaunter masa bayar barang, mainan itu aku ketepikan. Bila keluar dan dapati mainan dia takder, dia pun mengamuk, menjerit, dan berguling, tapi kali ni dalam kereta, takperla dalam kereta takder orang tengok dan lihat pun.. Keh3.. ;p


Friday, 21 September 2012

Ada Apa Di Langkawi..

Aku ingin mengimbas kembali moment bercuti di Langkawi masa raya hari tu. Dari dulu aku memang teringin sangat nak pergi Langkawi, sebab orang cakap situ kawasan bebas cukai..

Pada hari raya ketiga, awal-awal lagi aku dan family dah packing barang, kiter orang bertolak dengan kereta Caldina buruk aku.. Dahsyat, memandu dari Banting ke Jeti Kuala Perlis, itu pengalaman memandu aku paling jauh, aku memilih ikut jalan dalam walaupun aku tahu JPJ memang tengah attack kereta import bercermin gelap ni, tapi aku redah jer. Laluan bermula dari Banting-Klang-Teluk Intan-Setiawan-Lumut-Taiping-Penang-Alor Setar-Kuala Perlis. Bertolak dari Banting pukul 3 petang, sampai Jitra Kedah pukul 4 pagi, rasa mata macam dah nak keluar pun ada.

Kiter orang bermalam di Bustana Hotel dan esok dalam tengahari terus menghala pergi ke Kuala Perlis. Sampai sana, terkejut aku melihat barisan orang yang panjang tengah beratur beli tiket feri. Aku beratur hampir sejam juga baru sampai turn aku, tiket berharga rm18 sehala untuk seorang, nasib baik Haikal bawah 3 tahun, dapat free. Aku beli tiket 5 dewasa dan 1 kanak-kanak 12 tahun, jumlah RM103 sehala. Kiter orang dapat feri pukul 2.30 petang, kena tunggu lagi. Parking kereta pula RM10 sehari.

Akhirnya feri pun sampai, keadaan feri memuaskan siap ada aircond dan astro first lagi, perjalanan 1 jam ke Langkawi takder la boring. Sampai di Langkawi, aku terus pergi cari kereta sewa, aku pilih kereta Wira tapi yang dapat kereta Iswara, luaran hancur tapi dalaman ok, aircond pun sejuk. Aku sewa jer la dengan harga Rm60 sehari. Apabila siap booking hotel, maka bermulalah percutian familyku di Langkawi.

Kalau pergi Langkawi, jangan lupa singgah di Idaman Suri, tempat beli belah pinggan mangkuk yang nampak macam mahal seperti di rumah orang kaya pakai tu tapi di jual dengan murah. Jangan lupa beli coklat, sebab macam-macam jenis coklat yang tak pernah nampak di jual di sana. Ziarah pula Makam Mahsuri, makan angin melihat keindahan pantai di Tanjung Rhu dan Pantai Cenang dan bergambar di Dataran Lang. Kalau banyak duit, pergilah Pekan Kuah, ada pelbagai barangan murah di sana.

Bagi aku, kalau aku nak pergi Langkawi lain kali naik flight jer, jangan memandu lagi sebab penat tu tak usah nak cakap la. Pergi Langkawi spare la duit banyak-banyak sebab memang takkan tahan tengok barang-barang dijual kat sana, tepuk poket tanyalah selera.. ; /






Adi Dan Ayah..

Aku tak tahu kenapa aku tertarik tengok cerita Adi Dan Ayah di saluran Astro Ceria 611. Ceritanya mengisahkan Adi yang sentiasa menyangka ayahnya yang boleh lakukan apa sahaja untuknya. Dari situ boleh lihat ayahnya bertungkus lumus melakukan apa sahaja asalkan nampak yang terbaik di mata anaknya walaupun ayahnya itu bukan hebat mana pun. Cerita Adi dan Ayah ini versi Indon boleh alih suara, dan sebab cerita ni best orang Malaysia buat cerita Afi Dan Ayah. Tapi aku lebih minat cerita versi Indon sebab lebih lawak dan konfliknya lebih best.. ;o


Thursday, 20 September 2012

Blog Haikal kini kembali..

Dah terlalu lama blog Haikal bersarang gara-gara berbulan lamanya aku terlupa password.. Akhirnya tetiba aku try dan akhirnya berjaya.. Mm.. Takper la.. Nasib tak bertahun.. Tapi aku check tengok ader beribu view jugak la orang skodeng blog Haikal Shin Chan yang tak seberapa ni.. Walaupun followersnya boleh dibilang dengan jari.. Hadoyaii.. Thanks la pada yang rajin skodeng.. So aku rasa apa salahnya diteruskan blog  Haikal ni.. Sebagai hobi di masa lapang.. ; )


Wednesday, 7 March 2012

Makan-Makan di Wong Solo..


Hari Isnin lepas aku bersama family pergi Kajang.. Kiter orang hantar akak ipar Rohani pergi skodeng kedai makan yang baru dibuka olehnya.. Jadi alang-alang aku pergi Kajang, aku terfikir baik aku singgah sekali Restoran Wong Solo yang terkenal dengan ayam penyet yang menjadi bualan ramai tu.. Aku dengar ayam penyet situ memang pedas giler, so aku dengan ibu Haikal yang memang sah suka pedas, terus tak sabar nak pergi merasa kepedasan yang digembar-gemburkan oleh khabar angin selama ini..




So begini la rupanya set ayam penyet yang aku order.. Nampak simple jer kan, tapi harganya rm10.90 satu set bersama air mineral.. Mula-mula aku fikir aper barang bagi air mineral jer.. Tapi memang patut la ader air mineral sebab selepas tu aku memang mencari air mineral pun bila start makan ayam penyet tu.. Memang pedas, lagi-lagi ada disediakan 2 hingga 3 jenis sambal belacan.. Aku order lagi sambal udang berharga rm13.90, ulam rm3.00 dan nasi extra untuk si Haikal.. So kiter orang habis dekat rm40 sekali makan kat sana.. Tapi pendapat aku keseluruhannya..


Dari 5 bintang, aku bagi 3 bintang sahaja sebab kepedasannya masih belum sampai tahap aku dan ibu Haikal menangis lagi... Dan satu lagi harganya agak mahal, tapi yang best kiter orang boleh makan sambil bersila dan ader sedikit privasi la sebab ader ruangan makan bersila disediakan di Restoran Wong Solo Bangi.. ;D

Sunday, 26 February 2012

We Want Baby Girl..


Baru-baru ni sepupu Ibu Haikal iaitu Murni sudah pun selamat melahirkan baby girl yang cute.. So aku dan ibu Haikal mula berfikir, alangkah bestnyer kalau dalam family ader baby girl, mesti cukup sepasang lelaki dan perempuan anak kiter orang.. Sudah agak lama kiter orang tak beli baju baby newborn.. Kebetulan hari tu semasa kiter orang skodeng dan beli baju baby girl newborn untuk dijadikan hadiah bagi baby Murni, tiba-tiba naluri keibubapaan kiter orang terus memuncak dan aper lagi, terus kiter orang berangan kalau ader baby girl mesti seronok sebab bleh beli macam-macam baju cantik untuk baby girl.. Aku pula mula terbayangkan agak-agak camner rupa baby girl aku dan ibu Haikal yer.. Tapi belum sempat aku berimaginasi, aku terpandang si Haikal di sebelah lalu aku berfikir..


Mm.. Adakah Haikal sudah bersedia menjadi abang atau belum?.. Jawapannya, buat masa ni TIDAK!!..

Tuesday, 21 February 2012

Baju Semakin Mengecil..


Tadi aku macam biasa pakaikan Haikal baju sebelum dia tidur dan hatiku berbisik "Kenapa baju Haikal semakin mengecil ya?".. Nak sarung masuk kepala pun susah.. Rupanya setelah aku amati, aku tersedar yang anakku ini dah semakin membesar.. Baju-baju yang aku selalu pakaikan nampaknya dah tak muat lagi.. Takperla, daripada membazir baik aku simpan baju ni, mungkin untuk bakal adik Haikal ker?.. Insyaallah.. Keh3..


Sebenarnya pada tarikh 21 Februari iaitu pada detik dan hari ni merupakan ulang tahun kelahiran Haikal, pejam celik genaplah 2 tahun Haikal membesar bersamaku.. Semoga panjang umur anakku, dan membesar menjadi anak yang baik ok.. Happy Birthday To You Haikal.. >from Ayah n Ibu..

Tuesday, 14 February 2012

Genting Highland..


Semalam aku bersama family pergi makan angin dan jalan-jalan di Genting Highland.. Kalau dikira aku, Haikal dan ibu Haikal dah banyak kali jugak naik turun Genting Highland, tapi semalam memang istimewa sedikit sebab first time ibu mertua aku ikut pergi sekali dan ini merupakan first time dia jejak kaki di puncak Genting Highland.. So suasana tu berbeza, dan best sedikit la sebab kali ni pergi beramai-ramai.. Kebetulan masa kiter orang sampai, puncak Genting dah mula berkabus dan sejuk sekali.. ;0


Yang paling happy tak lain tak bukan si Haikal la.. Semua orang dah mula pakai baju sejuk, tapi dia mantain jer.. Tapi yang kelakar, masa balik, pandai pulak dia cari baju sejuk dia, siap suruh pakai dan butangkan elok-elok lagi.. Tahu jugak sejuk, ingatkan tak tahu.. Macam-macam la anakku ini.. :D

Thursday, 9 February 2012

Ada Apa Dengan Som Tum..


Som Tum atau nama saintifiknya Papaya Salad kini menjadi kegilaanku bersama ibu Haikal.. Ntah kenapa semalam kiter orang pergi Sunway Pyramid semata-mata nak makan Som Tum.. Haikal, kakak ipar bersama anaknya Danish secara tidak langsung pun terlibat dalam pemburuan Som Tum ini.. Som Tum memang sedap lagi-lagi yang extra pedas, ditaruh 6 hingga 7 biji cili merah itu lagi membolehkan telinga berasap, memang terangkat habis.. Mau tak menangis walaupun pada dasarnya menangis disebabkan kesedapan dan kepedasan yang tak terhingga.. Keh3..



Sesiapa yang nak pekena Som Tum yang sedap, boleh cuba di RM Cafe Sunway Pyramid yang menghadap Sunway Lagoon tu.. Cubalah, jangan lupa suruh akak yang pakai cermin mata tu buat, gerenti sedappp... ;o

Monday, 6 February 2012

No gula-gula anymore..


Aku telah pun berazam untuk mengurangkan pemberian gula-gula kepada Haikal.. Sebab aku telah pun menyaksikan kedahsyatan Haikal makan gula-gula sehingga aku sendiri tak dapat bayangkan betapa aku risau melihat jumlah gula-gula yang dimakan oleh Haikal dalam satu-satu masa.. Ya! Sebelum ni Haikal bermaharaja lela memakan gula-gula sesuka hati, but sekarang no way man!.. Sesiapa pun tak boleh beri Haikal gula-gula walaupun sebiji sekalipun ok!..


Kalau sesiapa pergi One Utama sebelah tv3 tu, jangan terkejut tengok kedai candylicious.. Memang giler baban banyak gula-gula dijual kat sana.. Aku pernah masuk situ, tapi satu biji pun aku tak beli sebab mahal sangat gula-gulanya.. Mungkin sedap kot, tapi aku tak berminat!.. ;D

Saturday, 28 January 2012

Ais..


Macam ada satu tarikan magnet apabila Haikal melihat ais.. Jangan katakan sejuk, Haikal boleh mengunyah ais umpama seperti mengunyah nasi.. Teh O Ais, Nescafe Ais atau lain-lain minuman aku selalu order time makan, mestilah perlu dinyorokkan terlebih dahulu.. Kalau tidak, jangan harap dapat menyuapkan Haikal makan nasi sebab Haikal akan mengunyah ais sehingga boleh habis satu cawan.. Risau juga aku sebab nanti Haikal demam lagi bertambah pening aku..


Mm.. Sebut pasal ais ni, teringat aku kat cendol mamak belakang The Store Banting.. Time tengah panas terik tu, memang sedap pekena cendol kan.. :-D

Thursday, 26 January 2012

Kenapa Menjerit..



Menjerit dan terus menjerit.. Itulah, aku bingung terhadap Haikal sekarang yang suka menjerit-jerit tak kira di mana jua tanpa sebarang sebab.. Macam dah jadi kebiasaan pulak, Haikal akan menjerit sekuat hati bagi menarik perhatian orang terhadap dia.. Sampai ada juga orang yang terkejut dan mula la mata-mata orang memandang ke arah aku dan ibu Haikal.. Aku pun buat selamba jer la walaupun geram juga dengan Haikal.. Lepas puas menjerit dengan jeritan yang memekakkan gegendang telinga, Haikal buat satu lagi perangai..


Dia suka sangat menyorok kat celah-celah yang baju or tempat-tempat yang aku tak boleh capai dia.. Apa lagi, sekali lagi apabila mata orang memandang, aku dan ibu Haikal hanya mampu tersenyum buat macam takder apa berlaku.. ;o

Tuesday, 24 January 2012

Penang & Kedah Part 2..


Masih segar lagi saat-saat percutian di Penang & Kedah walaupun kiter orang dah pun pulang ke rumah pada seawal 2 pagi hari ahad yang lalu.. Selepas kiter orang check out hotel lebih kurang 11pagi, aku bawa Haikal bersama ibunya dan adik iparku bersarapan di kedai berhampiran pantai Batu Feringgi.. Mungkin kiter orang salah time kot order makanan bergoreng di situ sehingga makanan tak habis di makan.. Samada tak sedap, atau perut kiter orang yang tak boleh makan, aku pun tak tahu.. Tapi aku puji la makcik yang ambil order tu, memang peramah habis.. Lepas makan, kiter orang lepak sambil bergambar kenangan di pantai Batu Feringgi.. Kemudian kiter orang terus menuju ke KOMTAR Penang..


Kiter orang memang dah target nak skodeng Komtar Penang sebab masa malam kiter orang lalu kat situ, nampak macam meriah jer.. Bagi aku, Komtar Penang memang best sebab tempat tu memang besar.. Cuma barangannya agak mahal sikit termasuk parking sekali.. Lepas habis round satu Komtar, kiter orang terus menuju ke Queensbay Mall pulak..


Queensbay Mall boleh dikatakan macam Aeon Jusco Klang, tapi bagi aku Queensbay Mall lebih best sebab tempatnya lebih besar dan lebih seronok.. Terletak bersebelahan laut, bagi sape-sape yang dah penat shopping tu, boleh la layan lepak area tepi laut kat situ.. Dengan itu aku bagi 4.5 bintang untuk Queensbay Mall Penang.. ;D


Masa aku keluar kereta dari parking kat Queensbay Mall, baru perasan aku tertinggal sandal Haikal kat parking situ masa aku angkat Haikal masuk dalam kereta.. Masa tu aku rasa ralat jugaklah sebab sandal tu baru beli dan baru pakai 2 kali pulak tu.. Then aku pun buat U turn kembali pergi Queensbay Mall untuk mencari sandal yang tercicir tu.. Tapi masalah pulak yang datang sebab jalan jam, pastu aku cuba guna gps yang kemudian hanya menunjukkan aku jalan mati.. Hampeh.. Tapi berkat kesabaran, akhirnya sampai jugak aku kat Queensbay Mall tu selepas hampir 2 jam terperangkap dalam jam.. Aku terus naik tingkat 4 tempat aku parking kereta tu, dan sangat menggembirakan aku jumpa kembali sandal Haikal.. Terima kasih la kat orang-orang Penang, sebab tak ambil sandal tu, walaupun dah 2 jam terbiar kat situ.. Keh3.. Kemudian kiter orang terus menuju ke Kulim Kedah, untuk menghadiri majlis perkahwinan keesokan harinya, dan melawat saudara mara sebelah isteriku di sana.. Petang Sabtu kiter orang bertolak balik, dan sampai rumah pukul 2 pagi.. Then pagi ahad tu jugak aku kena pergi kerja.. Memang terbaik ngantuk la.. :p

Friday, 20 January 2012

Penang & Kedah Part 1..


Beberapa minggu lepas aku dah pun merancang bersama family ke majlis perkahwinan anak makcik sebelah isteriku di Kulim Kedah.. Aku terfikir alang-alang sudah sampai Kedah, baik aku ajak family makan angin sekali sementara menghadiri majlis perkahwinan.. So mula-mula aku plan nak pergi Langkawi, sebab dari dulu aku nak sangat pergi sana sebab orang kata Langkawi kawasan bebas cukai, mesti murah giler barang kat sana kan.. Tapi plan punyer plan, terpaksalah kiter orang batalkan trip pergi Langkawi, kecewa jugak la aku, tapi takper aku akan pergi lain kali.. So last-last kiter orang pergi Penang.. Dan saat aku menulis blog ini, aku sekarang berada di Batu Feringgi..


Kiter orang sampai pun dah malam, terus cari hotel dan tido.. Haikal kat sebelahku ni sekarang , tido nyenyak betul dibuai udara segar laut.. Aku ni pulak dah pukul 2.30 pagi, masih tak ngantuk lagi.. Ceh.. ;D

Tuesday, 17 January 2012

Lesen Gear Automatik..


JPJ Malaysia telah bercadang menggunakan kereta transmisi gear automatik sebagai kereta ujian memandu seperti digunakan di kebanyakan negara lain seperti United Kingdom, Jepun dan Singapura. Bila mendengar berita itu, aku rasa elok aku start ajar ibu Haikal memandu, sebab drive kereta auto ni lebih mudah.. Kebetulan sekarang ni aku tengah ajar adik aku membiasakan diri drive kereta Vios kepunyaan ibuku, so semalam aku bawa la adik aku dan ibu Haikal pergi drive kat area Pantai Kelanang, Haikal pula begitu excited sebab dapat tengok sekumpulan monyet liar yang selalu lepak tepi jalanraya kat situ.. Bagi aku, untuk hari pertama ni, adik aku dan ibu Haikal expert jugaklah bawa kereta, cuma lebihkan masa belajar drive Vios tu lagi.. Yang menjadi persoalan, mana pergi kereta Caldinot (Caldina) aku?..


Tanya lah kat mak aku.. Ntah ke mana dia race kereta aku.. ;p

Sunday, 15 January 2012

Alergi..


Dalam banyak-banyak makanan, ada satu makanan yang Haikal tak boleh makan, iaitu Ikan.. Aku pun tak tahu kenapa, sebab bila Haikal makan jer ikan, mula la satu mulut dia tumbuh bintik-bintik merah.. Pernah Haikal makan Fish and Chips, pun kena jugak bintik merah tu, aper tah lagi kalau makan ikan tiga rasa macam kat atas.. Rugilah Haikal tak dapat menikmati ikan tiga rasa tu, tapi jangan risau sebab ayah dan terutamanya ibu akan habiskan bahagian Haikal okey.. ;D


Camni la rupanya Haikal bila makan ikan.. Cian.. Cian.. ;o

Saturday, 14 January 2012

Lagu Ibu..



Ini video Haikal menyanyikan lagu Ibu.. Cuba tengok min 0:10, sebutan `bila..` sahaja yang paling jelas.. Sebab itu sahaja yang Haikal tahu.. :D

Friday, 13 January 2012

Lindungi Family..


Hari ni muka depan paper Metro ada berita tentang rumah Wardina Safiyyah telah dirompak.. Aku dari semalam lagi dah baca di internet, kesian juga sebab anak-anaknya sampai trauma.. Jadi aku terfikir, adakah rumah aku sekarang ni benar-benar selamat untuk aku dan family?.. Apakah aku patut lakukan untuk meningkatkan tahap keselamatan rumah aku sekiranya berlaku perkara tak diingini?... Sekarang ni kan banyak kes pecah rumah dan aku bimbang juga kalau ini berlaku pada family aku.. Yang tak best sume ni mesti berlaku masa kita tengah sedap tidur.. So aper harus aku lakukan??...


Aku dah pasang beberapa selak pintu, dan 2 batang besi kat pintu sampai Haikal pun hairan tengok apa ayah dia buat pada pintu.. Aku pasang sekali alarm kat tingkat bawah dan atas rumah dan dah pun siap fikir pelan melarikan diri sekiranya rumahku dicerobohi.. So nasihat aku.. Jangan biar rumah anda, diselubungi misteri.. ;o

Thursday, 12 January 2012

Pantang Kalau Nampak..


Di sini aku nak senaraikan antara barang-barang yang pantang kalau Haikal nampak.. Aku mulakan dengan gula-gula cermin mata di atas.. Haikal memang suka gula-gula ni, tapi yang tak best aku la kena kopek satu persatu bagi dia.. Yang tak tahan, laju sangat Haikal makan pastu mintak dan mintak lagi..


Seterusnya ialah air bubble tea.. Haikal memang pantang nampak air ni, mungkin diwarisi dari ibu Haikal.. Dua-dua tak tahan tangok air bubble ni.. Pernah Haikal hampir menghabiskan satu cup air bubble seorang, tapi aku cepat-cepat rebut dan menyorokkan sebelum dia kekenyangan.. Tulah dimaksudkan ibu borek anak rintik.. Keh3..


Ini pun satu lagi favourite Haikal dan ibunya, Gelato Ice Cream.. Kalau dia orang makan, memang tak ingat dunia la, sampai Haikal yang selalunya tak duduk diam terus duduk sopan asalkan dapat menikmati aiskrim tu.. Harga satu cup dengan dua perisa, dalam Rm13.00, mahal juga tapi memang sedap.. ;)

Wednesday, 11 January 2012

Kesian Tom Cat..


Aku cuba mendidik Haikal agar lebih menyayangi dan membelai kucing dengan cara yang betul, tapi kadang-kadang Haikal terlebih pulak belaiannya sampai ada kucing melarikan diri.. Jadi disebabkan aku tak nak ada kucing yang tercedera, aku cuba satu lagi cara iaitu dengan menggunakan aplikasi game `Tom Cat'.. Bermain dengan Tom Cat memang menyeronokkan sebab ia boleh mengajuk semua cakap kiter, malah kalau menyanyi pun Tom Cat pasti boleh ikut punyer.. So bila aku bagi Haikal bermain dengan Tom Cat, mula-mula teruk jugak Tom Cat dikerjakan, sebab Haikal suka cucuk perut dan cubit hidung Tom Cat.. Tapi lama-lama Haikal mula memberi susu kepada Tom Cat.. Mungkin itu petanda positif yang Haikal sudah pandai membelai kucing dengan sewajarnya.. So apa akan terjadi sekiranya Haikal diberi dengan kucing yang sebenar?...


Tengok wajah dan reaksi kucing tu pun aku tahu failed.. ;o

Monday, 9 January 2012

Cinta Muka Buku..


Entry lepas aku bercerita mengenai obsesi Haikal terhadap filem seram.. Kali ni aku sambung lagi dengan obsesi Haikal terhadap lagu yang tengah famous sekarang ini iaitu Cinta Muka Buku.. Boleh dikatakan hampir setiap kali Haikal masuk jer dalam kereta, dia akan suruh aku buka lagu Najwa Latif ni, malah yang aku tak boleh tahan gelak iaitu part lagu yang sebut Oooo, Oooo.. tu, Haikal mesti ikut sekali sebut sampai over pulak tu.. Obsesi ini berlarutan sampai aku terpaksa berulang kali mainkan lagu tu sampai 2, 3round asal Haikal puas ati dan dah nak bernanah telinga ni aku ni.. ;p

Sunday, 8 January 2012

Momok.. Momok..


Cerita kartun di Disney Channel atau Nick tv9 memang menjadi favourite budak-budak zaman sekarang, sampai ada yang ternganga mulut kalau tengok cerita kartun di tv.. Aku sendiri pun kadang-kadang syok juga tengok Spongebob dan Crayon Shinchan..Tapi kalau Haikal, kenapa la dia langsung tak sama macam budak lain, sebab setiap kali aku baru nak layan tengok tv mesti dia tiba-tiba datang bawa remote astro, sambil mulut dia sebut momok, momok.. Cerita hantu yang paling seram macam Phobia 1,2 atau Haunted memang favourite Haikal la.. Sampai kalau aku tak buka bagi dia tengok, mula la dia mengamuk satu rumah.. Tengoklah, betapa Haikal `feel` tengok filem seram.. Geram juga aku, sebab hari-hari dia tengok cerita hantu yang sama.. :o

Saturday, 7 January 2012

Meatballs Pizza Hut..




Hari ni aku dah start kerja balik setelah 3 hari bercuti.. Rasa malas pun ada, coz dah biasa `berkepit` dengan anak dan isteri dalam beberapa hari ni.. Semalam, aku bawa isteriku dan Haikal pergi Puchong, kiter orang nak melawat sis Peah yang tengah pregnant anak ke 2.. Sampai di sana ibu Haikal mula bercerita mengenai kelazatan dan keunikan meatballs di Pizza Hut, yang bagi aku nampak macam bebola daging dalam bakso jer.. Kemudian kiter orang ajaklah sis Peah pergi try sekali kat sana dan cuba teka apa pendapat aku......


Bagi aku meatballs Pizza Hut memang awesome.. Kalau dimakan dengan spagethi or nasi pun ok.. Tapi Haikal pula lebih berminat dengan ice blended chocolate yang penuh krim float tu.. ;o