Saturday, 28 January 2012

Ais..


Macam ada satu tarikan magnet apabila Haikal melihat ais.. Jangan katakan sejuk, Haikal boleh mengunyah ais umpama seperti mengunyah nasi.. Teh O Ais, Nescafe Ais atau lain-lain minuman aku selalu order time makan, mestilah perlu dinyorokkan terlebih dahulu.. Kalau tidak, jangan harap dapat menyuapkan Haikal makan nasi sebab Haikal akan mengunyah ais sehingga boleh habis satu cawan.. Risau juga aku sebab nanti Haikal demam lagi bertambah pening aku..


Mm.. Sebut pasal ais ni, teringat aku kat cendol mamak belakang The Store Banting.. Time tengah panas terik tu, memang sedap pekena cendol kan.. :-D

Thursday, 26 January 2012

Kenapa Menjerit..



Menjerit dan terus menjerit.. Itulah, aku bingung terhadap Haikal sekarang yang suka menjerit-jerit tak kira di mana jua tanpa sebarang sebab.. Macam dah jadi kebiasaan pulak, Haikal akan menjerit sekuat hati bagi menarik perhatian orang terhadap dia.. Sampai ada juga orang yang terkejut dan mula la mata-mata orang memandang ke arah aku dan ibu Haikal.. Aku pun buat selamba jer la walaupun geram juga dengan Haikal.. Lepas puas menjerit dengan jeritan yang memekakkan gegendang telinga, Haikal buat satu lagi perangai..


Dia suka sangat menyorok kat celah-celah yang baju or tempat-tempat yang aku tak boleh capai dia.. Apa lagi, sekali lagi apabila mata orang memandang, aku dan ibu Haikal hanya mampu tersenyum buat macam takder apa berlaku.. ;o

Tuesday, 24 January 2012

Penang & Kedah Part 2..


Masih segar lagi saat-saat percutian di Penang & Kedah walaupun kiter orang dah pun pulang ke rumah pada seawal 2 pagi hari ahad yang lalu.. Selepas kiter orang check out hotel lebih kurang 11pagi, aku bawa Haikal bersama ibunya dan adik iparku bersarapan di kedai berhampiran pantai Batu Feringgi.. Mungkin kiter orang salah time kot order makanan bergoreng di situ sehingga makanan tak habis di makan.. Samada tak sedap, atau perut kiter orang yang tak boleh makan, aku pun tak tahu.. Tapi aku puji la makcik yang ambil order tu, memang peramah habis.. Lepas makan, kiter orang lepak sambil bergambar kenangan di pantai Batu Feringgi.. Kemudian kiter orang terus menuju ke KOMTAR Penang..


Kiter orang memang dah target nak skodeng Komtar Penang sebab masa malam kiter orang lalu kat situ, nampak macam meriah jer.. Bagi aku, Komtar Penang memang best sebab tempat tu memang besar.. Cuma barangannya agak mahal sikit termasuk parking sekali.. Lepas habis round satu Komtar, kiter orang terus menuju ke Queensbay Mall pulak..


Queensbay Mall boleh dikatakan macam Aeon Jusco Klang, tapi bagi aku Queensbay Mall lebih best sebab tempatnya lebih besar dan lebih seronok.. Terletak bersebelahan laut, bagi sape-sape yang dah penat shopping tu, boleh la layan lepak area tepi laut kat situ.. Dengan itu aku bagi 4.5 bintang untuk Queensbay Mall Penang.. ;D


Masa aku keluar kereta dari parking kat Queensbay Mall, baru perasan aku tertinggal sandal Haikal kat parking situ masa aku angkat Haikal masuk dalam kereta.. Masa tu aku rasa ralat jugaklah sebab sandal tu baru beli dan baru pakai 2 kali pulak tu.. Then aku pun buat U turn kembali pergi Queensbay Mall untuk mencari sandal yang tercicir tu.. Tapi masalah pulak yang datang sebab jalan jam, pastu aku cuba guna gps yang kemudian hanya menunjukkan aku jalan mati.. Hampeh.. Tapi berkat kesabaran, akhirnya sampai jugak aku kat Queensbay Mall tu selepas hampir 2 jam terperangkap dalam jam.. Aku terus naik tingkat 4 tempat aku parking kereta tu, dan sangat menggembirakan aku jumpa kembali sandal Haikal.. Terima kasih la kat orang-orang Penang, sebab tak ambil sandal tu, walaupun dah 2 jam terbiar kat situ.. Keh3.. Kemudian kiter orang terus menuju ke Kulim Kedah, untuk menghadiri majlis perkahwinan keesokan harinya, dan melawat saudara mara sebelah isteriku di sana.. Petang Sabtu kiter orang bertolak balik, dan sampai rumah pukul 2 pagi.. Then pagi ahad tu jugak aku kena pergi kerja.. Memang terbaik ngantuk la.. :p

Friday, 20 January 2012

Penang & Kedah Part 1..


Beberapa minggu lepas aku dah pun merancang bersama family ke majlis perkahwinan anak makcik sebelah isteriku di Kulim Kedah.. Aku terfikir alang-alang sudah sampai Kedah, baik aku ajak family makan angin sekali sementara menghadiri majlis perkahwinan.. So mula-mula aku plan nak pergi Langkawi, sebab dari dulu aku nak sangat pergi sana sebab orang kata Langkawi kawasan bebas cukai, mesti murah giler barang kat sana kan.. Tapi plan punyer plan, terpaksalah kiter orang batalkan trip pergi Langkawi, kecewa jugak la aku, tapi takper aku akan pergi lain kali.. So last-last kiter orang pergi Penang.. Dan saat aku menulis blog ini, aku sekarang berada di Batu Feringgi..


Kiter orang sampai pun dah malam, terus cari hotel dan tido.. Haikal kat sebelahku ni sekarang , tido nyenyak betul dibuai udara segar laut.. Aku ni pulak dah pukul 2.30 pagi, masih tak ngantuk lagi.. Ceh.. ;D

Tuesday, 17 January 2012

Lesen Gear Automatik..


JPJ Malaysia telah bercadang menggunakan kereta transmisi gear automatik sebagai kereta ujian memandu seperti digunakan di kebanyakan negara lain seperti United Kingdom, Jepun dan Singapura. Bila mendengar berita itu, aku rasa elok aku start ajar ibu Haikal memandu, sebab drive kereta auto ni lebih mudah.. Kebetulan sekarang ni aku tengah ajar adik aku membiasakan diri drive kereta Vios kepunyaan ibuku, so semalam aku bawa la adik aku dan ibu Haikal pergi drive kat area Pantai Kelanang, Haikal pula begitu excited sebab dapat tengok sekumpulan monyet liar yang selalu lepak tepi jalanraya kat situ.. Bagi aku, untuk hari pertama ni, adik aku dan ibu Haikal expert jugaklah bawa kereta, cuma lebihkan masa belajar drive Vios tu lagi.. Yang menjadi persoalan, mana pergi kereta Caldinot (Caldina) aku?..


Tanya lah kat mak aku.. Ntah ke mana dia race kereta aku.. ;p

Sunday, 15 January 2012

Alergi..


Dalam banyak-banyak makanan, ada satu makanan yang Haikal tak boleh makan, iaitu Ikan.. Aku pun tak tahu kenapa, sebab bila Haikal makan jer ikan, mula la satu mulut dia tumbuh bintik-bintik merah.. Pernah Haikal makan Fish and Chips, pun kena jugak bintik merah tu, aper tah lagi kalau makan ikan tiga rasa macam kat atas.. Rugilah Haikal tak dapat menikmati ikan tiga rasa tu, tapi jangan risau sebab ayah dan terutamanya ibu akan habiskan bahagian Haikal okey.. ;D


Camni la rupanya Haikal bila makan ikan.. Cian.. Cian.. ;o

Saturday, 14 January 2012

Lagu Ibu..



Ini video Haikal menyanyikan lagu Ibu.. Cuba tengok min 0:10, sebutan `bila..` sahaja yang paling jelas.. Sebab itu sahaja yang Haikal tahu.. :D

Friday, 13 January 2012

Lindungi Family..


Hari ni muka depan paper Metro ada berita tentang rumah Wardina Safiyyah telah dirompak.. Aku dari semalam lagi dah baca di internet, kesian juga sebab anak-anaknya sampai trauma.. Jadi aku terfikir, adakah rumah aku sekarang ni benar-benar selamat untuk aku dan family?.. Apakah aku patut lakukan untuk meningkatkan tahap keselamatan rumah aku sekiranya berlaku perkara tak diingini?... Sekarang ni kan banyak kes pecah rumah dan aku bimbang juga kalau ini berlaku pada family aku.. Yang tak best sume ni mesti berlaku masa kita tengah sedap tidur.. So aper harus aku lakukan??...


Aku dah pasang beberapa selak pintu, dan 2 batang besi kat pintu sampai Haikal pun hairan tengok apa ayah dia buat pada pintu.. Aku pasang sekali alarm kat tingkat bawah dan atas rumah dan dah pun siap fikir pelan melarikan diri sekiranya rumahku dicerobohi.. So nasihat aku.. Jangan biar rumah anda, diselubungi misteri.. ;o

Thursday, 12 January 2012

Pantang Kalau Nampak..


Di sini aku nak senaraikan antara barang-barang yang pantang kalau Haikal nampak.. Aku mulakan dengan gula-gula cermin mata di atas.. Haikal memang suka gula-gula ni, tapi yang tak best aku la kena kopek satu persatu bagi dia.. Yang tak tahan, laju sangat Haikal makan pastu mintak dan mintak lagi..


Seterusnya ialah air bubble tea.. Haikal memang pantang nampak air ni, mungkin diwarisi dari ibu Haikal.. Dua-dua tak tahan tangok air bubble ni.. Pernah Haikal hampir menghabiskan satu cup air bubble seorang, tapi aku cepat-cepat rebut dan menyorokkan sebelum dia kekenyangan.. Tulah dimaksudkan ibu borek anak rintik.. Keh3..


Ini pun satu lagi favourite Haikal dan ibunya, Gelato Ice Cream.. Kalau dia orang makan, memang tak ingat dunia la, sampai Haikal yang selalunya tak duduk diam terus duduk sopan asalkan dapat menikmati aiskrim tu.. Harga satu cup dengan dua perisa, dalam Rm13.00, mahal juga tapi memang sedap.. ;)

Wednesday, 11 January 2012

Kesian Tom Cat..


Aku cuba mendidik Haikal agar lebih menyayangi dan membelai kucing dengan cara yang betul, tapi kadang-kadang Haikal terlebih pulak belaiannya sampai ada kucing melarikan diri.. Jadi disebabkan aku tak nak ada kucing yang tercedera, aku cuba satu lagi cara iaitu dengan menggunakan aplikasi game `Tom Cat'.. Bermain dengan Tom Cat memang menyeronokkan sebab ia boleh mengajuk semua cakap kiter, malah kalau menyanyi pun Tom Cat pasti boleh ikut punyer.. So bila aku bagi Haikal bermain dengan Tom Cat, mula-mula teruk jugak Tom Cat dikerjakan, sebab Haikal suka cucuk perut dan cubit hidung Tom Cat.. Tapi lama-lama Haikal mula memberi susu kepada Tom Cat.. Mungkin itu petanda positif yang Haikal sudah pandai membelai kucing dengan sewajarnya.. So apa akan terjadi sekiranya Haikal diberi dengan kucing yang sebenar?...


Tengok wajah dan reaksi kucing tu pun aku tahu failed.. ;o

Monday, 9 January 2012

Cinta Muka Buku..


Entry lepas aku bercerita mengenai obsesi Haikal terhadap filem seram.. Kali ni aku sambung lagi dengan obsesi Haikal terhadap lagu yang tengah famous sekarang ini iaitu Cinta Muka Buku.. Boleh dikatakan hampir setiap kali Haikal masuk jer dalam kereta, dia akan suruh aku buka lagu Najwa Latif ni, malah yang aku tak boleh tahan gelak iaitu part lagu yang sebut Oooo, Oooo.. tu, Haikal mesti ikut sekali sebut sampai over pulak tu.. Obsesi ini berlarutan sampai aku terpaksa berulang kali mainkan lagu tu sampai 2, 3round asal Haikal puas ati dan dah nak bernanah telinga ni aku ni.. ;p

Sunday, 8 January 2012

Momok.. Momok..


Cerita kartun di Disney Channel atau Nick tv9 memang menjadi favourite budak-budak zaman sekarang, sampai ada yang ternganga mulut kalau tengok cerita kartun di tv.. Aku sendiri pun kadang-kadang syok juga tengok Spongebob dan Crayon Shinchan..Tapi kalau Haikal, kenapa la dia langsung tak sama macam budak lain, sebab setiap kali aku baru nak layan tengok tv mesti dia tiba-tiba datang bawa remote astro, sambil mulut dia sebut momok, momok.. Cerita hantu yang paling seram macam Phobia 1,2 atau Haunted memang favourite Haikal la.. Sampai kalau aku tak buka bagi dia tengok, mula la dia mengamuk satu rumah.. Tengoklah, betapa Haikal `feel` tengok filem seram.. Geram juga aku, sebab hari-hari dia tengok cerita hantu yang sama.. :o

Saturday, 7 January 2012

Meatballs Pizza Hut..




Hari ni aku dah start kerja balik setelah 3 hari bercuti.. Rasa malas pun ada, coz dah biasa `berkepit` dengan anak dan isteri dalam beberapa hari ni.. Semalam, aku bawa isteriku dan Haikal pergi Puchong, kiter orang nak melawat sis Peah yang tengah pregnant anak ke 2.. Sampai di sana ibu Haikal mula bercerita mengenai kelazatan dan keunikan meatballs di Pizza Hut, yang bagi aku nampak macam bebola daging dalam bakso jer.. Kemudian kiter orang ajaklah sis Peah pergi try sekali kat sana dan cuba teka apa pendapat aku......


Bagi aku meatballs Pizza Hut memang awesome.. Kalau dimakan dengan spagethi or nasi pun ok.. Tapi Haikal pula lebih berminat dengan ice blended chocolate yang penuh krim float tu.. ;o

Friday, 6 January 2012

Hati-Hati Berbaju Kurung..


Tajuk ni macam suspen jer kan.. Sebenarnya aku nak bagi amaran kepada wanita-wanita yang berbaju kurung, yang mana kalau terserempak dengan Haikal.. Jangan kecik hati pula kalau Haikal panggil anda`nenek` ok.. Sebab itulah Haikal, dia ingat semua wanita yang berbaju kurung tu adalah neneknya.. Tak kisahlah anda muda atau tua, kalau anda memakai baju kurung, mesti dicop jadi neneknya.. Dah terbukti sebab beberapa wanita sudah pun menjadi mangsa salah faham Haikal, sampai ada yang pegang muka sambil berkata " Ya Allah.. Tua sangat ker aku ni?.. Sampai budak ini panggilku nenek".. So berhati-hatilah anda ok, kecualilah anda memakai pakaian seperti si jelita dibawah.. Keh3.. (Macam2 ibu & makcik Haikal ni..)

Thursday, 5 January 2012

New Year Shopping..


Semalam aku, isteriku dan Haikal pergi midvalley.. Sedang kiter orang jalan-jalan, ternampak la satu tshirt POLO baby yang agak smart.. Bila aku check, harganya boleh tahan.. Rm99.90, so aku belek punya belek, ader diskaun 50%.. Tanpa aku banyak fikir aku ambil jer la yang kaler merah.. Tiba-tiba aku nampak pula yang kaler putih, so mulalah aku confuse sampai setengah jam jugak aku bincang dengan ibu haikal.. Last aku malas fikir lagi, perut pun dah lapar.. Aku amik jer la dua-dua.. Aku beli lagi sepasang sandal GARFIELD Rm59.90... Terus aku cepat-cepat blah dari situ, takut nanti aku nampak benda lain nak beli lagi, gilerlah aku ni.. Terus kiter orang pergi makan dekat Chicken Rice Shop.. :-)

Tuesday, 3 January 2012

Mama Or Ibu?..


Ibu Haikal selalu complain kat aku.. Dia cakap Haikal kalau sebut ayah, jelas dan lancar jer.. Tapi kenapa setiap kali suruh panggil dia ibu, yang keluar mama pulak.. Mana sesuai ayah+mama tu, patut papa+mama.. Sehingga kini Haikal masih panggil aku sebagai ayah dan ibunya sebagai mama.. Cuma kalau suruh nyanyi lagu ibu yang macam iklan susu tu, baru dia sebut ibu dengan jelas.. Kesimpulannya, aku rasa mungkin ibu Haikal kena ajar Haikal buat bubbling macam dalam af tu, baru pitching ibu tak lari.. Keh3..

Rambut Mohawk..


Setakat ni aku belum pernah hantar haikal pergi mana-mana hair saloon.. Kebanyakan aku potong sendiri, boleh save budget sikit kan.. Lagipun kalau aku hantar pun, mesti susah orang kedai tu nak potong rambut haikal, sebab haikal mesti melalak melolong..


So aku cubalah style rambut `mohawk` ke atas haikal.. Aku rasa agak smart jugaklah, aku design lagi dengan gatsby kit.. Agak-agak apa komen ibu haikal nanti ya?..


Mmm.. Kalau dah senyum tu.. Okey la kot.. Keh3..

Monday, 2 January 2012

Persepsi Haikal Tentang Masa Bermain


Haikal dan bermain memang tak boleh dipisahkan.. Boleh dikatakan kalau kita letak `pinggan berisi permainan` atau `pinggan berisi makanan`, sudah tentu dia lebih memilih pinggan yang ada permainan.. Kalau Haikal dah leka bermain, susu pun dia tak minta sehingga seharian lamanya..


Haikal menganggap masa bermain tidak pernah habis baginya.. Malah aku hairan dari mana dia ada tenaga dan stamina kalau makanan pun dia tak minta atau endahkan..


Tapi entah kenapa pipi dan perutnya masih montok dan berisi.. Mungkin jawapannya ada pada gambar di bawah ini..


Ya!! Kurung dia dan paksa dia makan.. Keh3..

Sedikit Info Tentang Haikal Shin Chan..


Haikal dilahirkan pada 21 Februari 2010 di Metro Maternity Klang.. Jadi megikut kiraan matematik, Haikal sekarang sudah berumur 1tahun 10bulan 19hari.. Pejam celik Haikal sudah menghampiri 2 tahun ya!!.. Dah bujang anak kesayanganku ini.. Keh3..
Haikal sama seperti budak-budak yang lain.. Cuma Haikal ni agak sedikit berbeza tahap `kenakalan dia`, mungkin sebab tu kot ramai menggelar dia Haikal Shinchan.. So aku terfikir nak buat blog yang lebih terarah kepada `Diari Haikal Shin Chan`, hopefully dapat memberi inspirasi kepada diriku dan orang lain selain merapatkan hubungan kekeluargaan..

Ubat Ooo Ubat...


Pelik aku tengok Haikal... Setiap kali diberi minum ubat, mesti dia akan muntahkan semula.. Itulah dilema yang harus aku hadapi.. Macam mana la Haikal nak baik dari batuk kalau berterusan macam ni??... :'(

Then, tiba-tiba hari ni senang pulak dia minum ubat, rupanya ibu Haikal menggunakan taktik 'ehhh.. silapp'.. Cmnerr tu??.. Senang jer teknik tu.. Pastikan guna 2 picagari.. Picagari pertama isi dengan ubat batuk, picagari kedua isi dengan air.. Pastikan setiap kali bagi ubat, cakaplah 'ehh silappp, ibu patut bagi air'.. Pastu bagi air.. Then ulang jer la sampai ubat tu habis diminum.. Cara ni memang berkesan terhadap Haikal tapi tak tahu la dengan budak lain.. Apa yang pasti budak-budak senang dialih perhatiannya, so apa salahnya dicuba.. Betul takk??..

Sunday, 1 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012..


Tepat pukul 12 malam tadi, berakhirlah kalendar 2011 dan bermula sudah lembaran kalendar 2012 yang baru.. Sedang aku asyik dibuai mimpi pada malam 1 Januari 2012 tersebut, dan belum sempat aku memikirkan apa azam tahun baru aku, Haikal dah pun bagi aku satu 'new year present' iaitu mengelap muntah dia pada pukul 5 pagi.. Apa yang tak best, dia muntah ke atas barangan berikut:

1. Tilam
2. Bantal
3. Selimut
4. Plug kipas
5. Pengecas galaxy tab

Bukan itu saja, dia muntah sekali atas rambut ibunya.. Maka bermulalah operasi pembersihan selama setengah jam.. Nasib baik takder barang yang rosak kecuali aku terpaksa buang sebiji bantal sebab terkoyak bila aku cuba tanggalkan sarungnya.. Haikal oo Haikal.. Memang Shinchan la ko ni.. Keh3..