Thursday 11 October 2012

Aku Suka Dan Tak Suka Sony Ericsson..

Zaman sekarang ni aku rasa semua orang kena ada 2 hanset. Hanset pertama guna untuk calling dan hanset kedua guna untuk surfing atau dengan kata lain main internet. Aku tak tahu la ada orang boleh guna satu hanset buat calling sekali dengan main internet. Kalau bateri korang tahan tahap gaban tu boleh korang rekomenkan aku hanset apakah itu? Galaxy s3 yang harga 2k itu, belum tentu mampu nak beli. Kalau tablet saiz 10.1 macam ibu Haikal pakai tu memang tahan bateri hampir 12jam, tapi kalau orang col, tak besar sgt ker nak angkat taruh di telinga, bukan rajin pun nak bawa earphone pun, guna loudspeaker nanti orang cakap jakun plak. Jadi guna 2 hanset adalah jalan terbaik.

Aku nak cerita sikit pasal hanset Sony Ericsson, sebab sekarang pakai 2 henset, dua-dua sony ericsson. Yang satu untuk call, aku guna Xperia Mini HD sebab kecik molek masuk poket, hanset kedua Xperia Play (macam PSP). Aku suka Xperia Play sebab aku boleh main game dengan puas walaupun aku dah melantak PS3 kat umah, main internet pun ok sebab screen dia agak besar, lengkap dengan android. Xperia play ni unik sebab game dia best sket, gambar cantik dan button joystick macam Playstation. Aku rasa hanset ni lengkap untuk aku yang berjiwa game dan berinternet setiap masa. Tapi satu je problem..

Hanset Sony Ericsson tak kira la model apa, kalau main game tahan juga la bateri dia, tapi kalau berinternet memang kondem bateri dia, paling kuat 3 ke 4jam bertahan. Pastu boleh rasa bateri belakang panas semacam, awas kalau sesiapa berinternet tengah malam dan tertidur, kalau korang tak tutup hanset, bateri korang akan jadi sangat2 panas. Aku memang suka hanset Sony ni, tapi entah kenapa bateri Sony ni tak power, memang mengecewakan. Jalan penyelesaian aku sentiasa off hanset kalau tak surfing, tapi leceh la sikit.

Aku peminat tablet, tapi size tablet tak boleh masuk poket dan tablet tak puas main game, kalau game android ok kot, tapi aku suka game yang lebih best ala Playstation. Sony Ericsson, come on la buat sesuatu tentang bateri anda, tiru la Samsung sikit ker. Haikal pun suka sangat main game kat Xperia Play ni, sebab button game dia senang tekan dan tak mudah rosak dan tak tersalah button lain, semestinya Xperia Play dicipta untuk ketahanan main game sepuasnya!! Tapi bateri, KO :o



Friday 28 September 2012

Bila Ultraman Menjadi Idola..

Astro Ceria kini menayangkan sekurang-kurang 3 cerita Ultraman berbeza setiap hari iaitu Ultraman Tiga, Ultraman Max dan Ultraman Mebius. Aku pun dah hafal pula nama-nama Ultraman ni, mana taknya hari-hari Haikal menguasai tv untuk tengok cerita Ultraman kegemarannya. Ada something yang pelik sebab Haikal kan budak kecik, mana tahu tengok jam tapi entah camner dia boleh tahu bila cerita Ultraman nak start main. Aku tak kisah la kalau Haikal dah minat sangat dengan Ultraman tu, tapi yang pergi belasah aku dengan stail Ultraman tu tiap hari nape.. Ingat ayah ni raksasa ker.. Hadooii.. ;o


Monday 24 September 2012

Lagi-Lagi Mainan..

Aku sudah mula pusing dan pening tahap brutal kerana Haikal terus menerus minta mainan tiap kali pergi AEON Jusco. Dan bertambah tension bila merebak penyakit minta mainan ni di kedai runcit pula. Kalau tak dibeli, dia mengamuk, menjerit dan berguling-guling di lantai di situ juga biar pun ramai orang melihat dan aku pun terpaksa memberi dia mainan untuk mengelak dari terus menjadi perhatian orang. Tapi aku ada cara penyelesaian iaitu aku jarang membeli cuma memberi dia pegang sementara, pastu di kaunter masa bayar barang, mainan itu aku ketepikan. Bila keluar dan dapati mainan dia takder, dia pun mengamuk, menjerit, dan berguling, tapi kali ni dalam kereta, takperla dalam kereta takder orang tengok dan lihat pun.. Keh3.. ;p


Friday 21 September 2012

Ada Apa Di Langkawi..

Aku ingin mengimbas kembali moment bercuti di Langkawi masa raya hari tu. Dari dulu aku memang teringin sangat nak pergi Langkawi, sebab orang cakap situ kawasan bebas cukai..

Pada hari raya ketiga, awal-awal lagi aku dan family dah packing barang, kiter orang bertolak dengan kereta Caldina buruk aku.. Dahsyat, memandu dari Banting ke Jeti Kuala Perlis, itu pengalaman memandu aku paling jauh, aku memilih ikut jalan dalam walaupun aku tahu JPJ memang tengah attack kereta import bercermin gelap ni, tapi aku redah jer. Laluan bermula dari Banting-Klang-Teluk Intan-Setiawan-Lumut-Taiping-Penang-Alor Setar-Kuala Perlis. Bertolak dari Banting pukul 3 petang, sampai Jitra Kedah pukul 4 pagi, rasa mata macam dah nak keluar pun ada.

Kiter orang bermalam di Bustana Hotel dan esok dalam tengahari terus menghala pergi ke Kuala Perlis. Sampai sana, terkejut aku melihat barisan orang yang panjang tengah beratur beli tiket feri. Aku beratur hampir sejam juga baru sampai turn aku, tiket berharga rm18 sehala untuk seorang, nasib baik Haikal bawah 3 tahun, dapat free. Aku beli tiket 5 dewasa dan 1 kanak-kanak 12 tahun, jumlah RM103 sehala. Kiter orang dapat feri pukul 2.30 petang, kena tunggu lagi. Parking kereta pula RM10 sehari.

Akhirnya feri pun sampai, keadaan feri memuaskan siap ada aircond dan astro first lagi, perjalanan 1 jam ke Langkawi takder la boring. Sampai di Langkawi, aku terus pergi cari kereta sewa, aku pilih kereta Wira tapi yang dapat kereta Iswara, luaran hancur tapi dalaman ok, aircond pun sejuk. Aku sewa jer la dengan harga Rm60 sehari. Apabila siap booking hotel, maka bermulalah percutian familyku di Langkawi.

Kalau pergi Langkawi, jangan lupa singgah di Idaman Suri, tempat beli belah pinggan mangkuk yang nampak macam mahal seperti di rumah orang kaya pakai tu tapi di jual dengan murah. Jangan lupa beli coklat, sebab macam-macam jenis coklat yang tak pernah nampak di jual di sana. Ziarah pula Makam Mahsuri, makan angin melihat keindahan pantai di Tanjung Rhu dan Pantai Cenang dan bergambar di Dataran Lang. Kalau banyak duit, pergilah Pekan Kuah, ada pelbagai barangan murah di sana.

Bagi aku, kalau aku nak pergi Langkawi lain kali naik flight jer, jangan memandu lagi sebab penat tu tak usah nak cakap la. Pergi Langkawi spare la duit banyak-banyak sebab memang takkan tahan tengok barang-barang dijual kat sana, tepuk poket tanyalah selera.. ; /